B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8
jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
· - Vitamin B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
· - Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah
di dalam tubuh.
Jumlah asid folik yangmencukupi dalam diet harian membantu
mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum
konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400
mcg.
*Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet
tambahan.
Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?
Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
§
melancarkan metabolisme
§
melancarkan peredaran darah
§
mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
§
mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
§
memulihkan gangguan saraf
Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
§
memlancarkan metabolisme
§
meningkatkan kekebalan tubuh
§
menjaga keseimbangan garam-garam mineral
§
membantu sintetis RNA dan DNA
Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput
laut
Manfaatnya :
§
mencegah kerosakan urat saraf
§
membantu pembentukan sel darah merah
§
melancarkan metabolisme sistem tubuh
§
mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan
mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit
jantung.Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan
bolehmengakibatkan anemia.
Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan
masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat
beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah
kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi
dan mudah tersinggung.
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan
berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
No comments:
Post a Comment