Susu ibu merupakan makanan pertama bagi bayi yang baru
lahir. Ibu yang melahirkan anak secara normal atau pembedahan akan terus
menyusukan bayi dengan kadar paling segera iaitu sebaik sahaja
dilahirkan.
Menyusu anak sendiri, mendengarnya seakan-akan mudah,
namun tidak ramai terutama ibu berkerjaya yang baru melahirkan anak pertama
mampu melakukannya dengan jaya. Ramai berhenti separuh jalan lantaran cabaran
yang terpaksa dilalui serta kekangan masa yang begitu menghimpit sehingga
lama-kelamaan penghasilan susu semakin sedikit dan tiada langsung.
Bagi memastikan pengeluaran susu lancar, ibu yang baru
melahirkan anak perlu menyusukan bayi mereka sekerap mungkin (iaitu satu hingga
dua jam sekali). Yakin dan teruskan penyusuan kerana menyusu sepatutnya adalah
intuisi seorang bayi dan ia amat penting untuk merangsang pengeluaran susu ibu
di awal kelahiran.
Bagi memastikan susu ibu kekal produktif, ibu perlu menyusukan bayi dengan susu ibu saja tanpa makanan lain seperti susu formula sehingga anak berusia enam bulan. Pastikan ibu mengepam susu ketika bayi tidur dalam tempoh tiga jam sekali (mengikut kesesuaian dan kelapangan jadual waktu ibu).
Petua Banyakkan Susu Ibu
1. Minum air masak secukupnya
2. Menyusu sekerap mungkin
2. Menyusu sekerap mungkin
3. Pam susu secara berkala
