Monday, 14 July 2014

Petua Susu Ibu. Makanan Terbaik Bagi Bayi

Susu ibu merupakan makanan pertama bagi bayi yang baru lahir. Ibu yang melahirkan anak secara normal atau pembedahan akan terus menyusukan bayi dengan kadar paling segera iaitu sebaik sahaja dilahirkan. 


Menyusu anak sendiri, mendengarnya seakan-akan mudah, namun tidak ramai terutama ibu berkerjaya yang baru melahirkan anak pertama mampu melakukannya dengan jaya. Ramai berhenti separuh jalan lantaran cabaran yang terpaksa dilalui serta kekangan masa yang begitu menghimpit sehingga lama-kelamaan penghasilan susu semakin sedikit dan tiada langsung.

Bagi memastikan pengeluaran susu lancar, ibu yang baru melahirkan anak perlu menyusukan bayi mereka sekerap mungkin (iaitu satu hingga dua jam sekali). Yakin dan teruskan penyusuan kerana menyusu sepatutnya adalah intuisi seorang bayi dan ia amat penting untuk merangsang pengeluaran susu ibu di awal kelahiran.
Banyakkan Susu Badan

Bagi memastikan susu ibu kekal produktif, ibu perlu menyusukan bayi dengan susu ibu saja tanpa makanan lain seperti susu formula sehingga anak berusia enam bulan. Pastikan ibu mengepam susu ketika bayi tidur dalam tempoh tiga jam sekali (mengikut kesesuaian dan kelapangan jadual waktu ibu). 

Petua Banyakkan Susu Ibu

1. Minum air masak secukupnya
2. Menyusu sekerap mungkin
3. Pam susu secara berkala

4. Sentiasa positif, positif dan positif
5. Makan dan minum dengan sihat
6. Ambil suplimen kesihatan (set menyusu Shaklee)

Set menyusu Shaklee telah terbukti berjaya membantu ibu-ibu menyusu membekalkan makanan yang secukupnya kepada bayi-bayi mereka. Anda bila lagi??
Hubungi saya untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut.


No comments:

Post a Comment